Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 9, 2017

[ROMPIN] DAH LAMA TAK LIHAT NAGA SEJELAS ITU



Kuala Rompin, 8.11.2017 - Rupa bentuk Pulau Tioman seakan seekor naga turut boleh dilihat dengan jelas dari pantai perkampungan pelancongan Rantau Panjang, di sini.

Bentuk sempurna seolah dari kepala hingga ekor itu merupakan fenomena menarik yang turut boleh dilihat di beberapa lokasi pantai lain di sekitar Kuala Rompin.

Ketua Kampung Rantau Panjang, Mohd Yazid Yahya, berkata, sudah agak lama beliau tidak melihat pemandangan Pulau Tioman dari pantai kampungnya sejelas itu.

Menurutnya, kemungkinan ia disebabkan cuaca hujan malam tadi menyebabkan tiada awan pada waktu pagi yang kebiasaan menyebabkan pulau peranginan terkenal itu tidak boleh dilihat dengan jelas atau tidak kelihatan terus.

"Saya ronda-ronda di pesisir pantai sekitar jam 8.30 pagi tadi dan tak sangka dapat lihat bentuk naga ini dengan jelas sekali.

"Kalau ikutkan lama dah saya tak tengok ia sejelas ini, mungkin nasib saya baik dapat tengok fenomena yang unik ini," katanya kepada penulis hari ini.

Pemandangan yang sama turut terkenal bagi para pengunjung atau penduduk setempat di Pantai Hiburan, Kuala Rompin.

Mohd Yazid berkata, pengunjung atau pelancong boleh ke kampungnya jika mahu melihat pemandangan itu namun bergantung pada nasib.

"Jika dapat lihat memang nama serupa, kepala hingga ekor dah macam seekor naga tapi ikut nasib, kena cuaca cerah tentu dapat tengok," katanya.





0 comments:

share2