Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 10, 2017

[KUANTAN] TIADA UNSUR PENDERAAN PADA VIDEO TULAR


Tiada unsur penderaan pada video tular


Polis mengesahkan tiada unsur penderaan berlaku dalam rakaman video seorang wanita menampar anaknya di Taman Mahkota Emas di sini, yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten komisioner Abdul Aziz Salleh berkata wanita tersebut tampil memberi keterangan semalam selepas menyedari rakaman berkaitan kejadian itu tular dan mendapat kecaman netizen.

"Tiada unsur penderaan dan apa yang berlaku ialah salah faham dalam keluarga. Doktor juga mengesahkan kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu tidak mengalami kecederaan," katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Baru-baru ini, seorang wanita dirakam menampar anaknya sebanyak dua kali sehingga menangis selepas kanak-kanak itu berkeras mahu mengikutnya, walaupun setelah dimarahi dan diarah untuk masuk ke rumah.

Video berdurasi kira-kira 50 saat itu yang dipercayai dirakamkan oleh penduduk di taman itu juga menunjukkan kanak-kanak itu seakan-akan diheret ke pintu belakang kereta dan diarahkan masuk sebelum kedua-dua mereka beredar.


0 comments:

share2