Polis Kontinjen Pahang bersiap sedia bagi menghadapi PRU14 dengan kekuatan 6,000 anggota.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, semua anggota terbabit kini sedang menjalani latihan melibatkan penugasan pada pilihanraya.
Menurutnya, pihaknya sudah mengenal pasti pegawai dan anggota yang akan bertugas sepanjang tempoh PRU14.
"Selain 6,000 pegawai dan anggota , kita turut meminta tambahan seramai 1,000 anggota.
"Jumlah itu termasuk penugasan di 517 pusat mengundi dan 1,588 saluran yang memerlukan lima hingga lapan anggota,"katanya kepada media pada Majlis Penutup Kursus Asas "Light Strike Force " (LSF) siri 2/2017 Kontinjen Pahang, semalam.
Rosli berkata, semua anggota kini sedang giat menjalani latihan berhubung penugasan PRU.
Katanya, terdapat sekurang-kurangnya lima kursus antaranya cara pengendalian sistem maklumat, pusat kawalan, pengendalian bilik gerakan dan kursus undang - undang pilihanraya.
"Pada masa ini kita sedang menjalani simulasi pilihanraya iaitu latihan ketenteraman awam melibatkan situasi pada PRU.
"Latihan ini akan memahirkan anggota yang bertugas pada PRU bantu,"katanya.
Dalam pada itu, Rosli berkata, kekuatan logistik dan aset akan dilengkapkan sehingga hujung tahun ini.
"Kita sudah bersedia menghadapi cabaran pada PRU nanti melalui pelbagai siri latihan yang sudah dijalankan,"katanya.
Sementara itu, Rosli berkata , kursus asas LSF yang dijalankan salah bagi memantapkan persediaan anggota menghadapi situasi pada rusuhan atau perhimpunan aman.
Terdapat 32 unit LSF di seluruh negeri.
0 comments:
Post a Comment