10/11/2017 Maran - Penduduk Daerah Maran yang terlibat dengan banjir besar pada tahun ini menarik nafas lega dengan pemberian wang ihsan kerajaan hari ini. Seramai 710 ketua keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan banjir di dalam daerah Maran telah menerima wang ihsan kerajaan sebanyak RM 500 setiap keluarga. Penduduk DUN Chenor adalah penerima bantuan teramai memandangkan lokasi yang berhampiran dengan Sungai Pahang diikuti DUN Luit, DUN Kuala Sentul dan DUN Jengka yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Maran,
Majlis Penyampaian Wang Ihsan Banjir Monsun Timur Laut (Januari - Februari 2017) di sempurnakan oleh YB Dato Ismail Abdul Mutalib Ahli Parlimen Maran di Dewan Arena Chenor Maran selain turut dihadiri YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang ADUN Kuala Sentul, YB Dato Arifin Ismail ADUN Chenor , YB Norhidayah Shahaimi ADUN Luit, YH Dato Syed Ahmad Fuad Syed Tahar dan En Mohamed Zahari Razali Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti dan Sosial Agensi Pengurusan Bencana Negara.
Terdahulu dalam ucapannya YB Dato Ismail Mutalib meminta semua penerima bantuan ihsan banjir supaya bersyukur dengan keprihatinan kerajaan dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Razak diatas peruntukan yang diberi. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang ada hari ini merupakan kerajaan yang sentiasa peka dengan keperluan dan sentiasa membantu rakyat ketika ditimpa bencana.
Dengan mengambil contoh P.Pinang yang begitu angkuh tetapi akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang dengan nada yang sedih meminta kerajaan pusat membantu walaupun selama ini Perdana Menteri sering menjadi bahan kecaman beliau sepanjang masa. Namun peminpin seperti YAB Dato Seri Najib berlapang dada dan tetap membantu penduduk P.Pinang yang di timpa bencana. Beliau juga mengingatkan kepada penerima bantuan supaya terus memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada hari ini kerana jelas terbukti kerajaan Barisan Nasional adalah pilihan terbaik yang mereka ada.
Ismail Mutalib dan Shahaniza menyampaikan bantuan wang ihsan banjir kepada mangsa banjir |
Ucapan alu aluan oleh YH Pegawai Daerah Maran YH Dato Syed Ahmad Fuad Syed Tahar di Dewan Arena Chenor |
0 comments:
Post a Comment