“Sejak 2015, aduan terhadap salahlaku dalam media
sosial kepada Suruhjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan PDRM bertambah
kerap dan semakin serius.”
“Salahlaku seperti mengedit gambar, menfitnah dan menularkan
berita palsu semakin buruk dan boleh menghuru-harakan negara, sementara
pengguna media sosial pula bertambah kepada 24 juta orang daripada penduduk
negara seramai lebih 30 juta orang.”
EXCO Pembangunan Wanita Dan Keluarga Pahang, Dato’ Shahaniza
Shamsudin berkata kerajaan sedang mengambil langkah serius agar etika di media
sosial dapat dimanfaatkan dengan cara yang betul.
Dato’ Shahaniza bercakap pada sidang media selepas
merasmikan Forum #Negaraku: Seminar
Media Sosial Pahang di Auditorium Jabatan Penyiaran (RTM) Kuantan.
Lebih 400 hadirin yang terdiri daripada pengiat sosial dan
wakil kerajaan dan NGO menghadiri Forum ini yang memberi pengisian pendidikan
dan membantu memberi persepsi sebenar penggunaan media sosial yang telah
menjadi cara hidup rakyat negara ini.
0 comments:
Post a Comment