Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 11, 2017

[KUANTAN] KEKANG JENAYAH RASUAH


Kekang jenayah rasuah


Seramai 84 kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pahang termasuk kakitangan persatuan nelayan dan juruisytihar pendaratan ikan melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Majlis yang berlangsung di pejabat LKIM Negeri Pahang dihadiri Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang, Datuk Alias Salim dan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang, Jamaluddin Puteh.

Pengarah LKIM Negeri Pahang, Rashima Baharuddin berkata, kakitangan dan pihak berkaitan di bawah LKIM berdepan risiko dalam proses perolehan kewangan dan proses kerja yang menjurus jenayah rasuah.

“Langkah LKIM melakukan IBR adalah usaha mengekang rasuah.

“Ini juga sebagai komitmen warga LKIM terhadap usaha SPRM untuk memastikan agensi kerajaan melakukan IBR,” katanya pada Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah , semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah LKIM Negeri Pahang, Nazrulzam Jamil.

Sementara itu, Alias berkata, IBR merupakan inisiatif SPRM untuk mendekatkan agensi kepada rakyat supaya mereka tidak berasa takut dengan suruhanjaya itu, malah menganggap ia boleh membantu dalam pencegahan awal dan memberi kesedaran serta peringatan untuk menjauhkan diri daripada perkara yang menyalahi undang-undang.

Alias berkata, warga LKIM menandatangani IBR secara sukarela jelas memperlihatkan keikhlasan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah demi menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat.

Lafaz IBR telah dipimpin Rashima sebelum sesi menandatangani IBR diikuti Nazrulzam, pegawai kanan, pengurus besar persatuan nelayan negeri dan kawasan yang turut disaksikan Alias.


0 comments:

share2