Sebanyak 40,000 akaun pengguna akan terjejas ekoran kerja-kerja penyelenggaraan paip bersaiz 750MM Mild Steel (MS) di Tangki Soi Jalan Kuantan – Pekan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) esok bermula 9 pagi sehingga jam 9 malam.
Antara kawasan terlibat adalah seluruh kawasan Indera Sempurna, Jalan Kuantan- Pekan bermula dari Penjara Penor, Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom, Kampung Sri Melati, Kampung Batu Putih, Kampung Semangat, Ubai, Cherok Paloh, Kampung Hijrah, Pantai Sepat, Kampung Chempaka dan Berjaya Permai.
Selain itu, turut terlibat adalah Jalan Bypass Tanjung Lumpur, Kampung Soi, Kampung Pahang, Seluruh kawasan Kempadang, Pak Mahat, Tanjung Lumpur, Peramu, KPJ Specialist dan kawasan sekitarnya.
Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi persediaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut.
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL), di talian 09-573 9999.
0 comments:
Post a Comment