Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 15, 2017

FITNAH PEMBANGKANG MUSNAH, PEMBANGKANG KIAN TERDESAK





Momentum politik yang menurun dan krisis dalaman dalam Pakatan Harapan membuatkan gabungan itu kelihatan semakin terdesak sehingga meminta persidangan khas Dewan Rakyat diadakan untuk membincangkan hasil pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trumph.

Senario ini dijelaskan oleh Felo Penyelidik, Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri apabila PH sedang berusaha mencetuskan dinamik politik bagi menutup kejayaan yang dicapai Perdana Menteri dalam pertemuannya selama 3 hari dengan Presiden AS tersebut.

Katanya, PH menyedari bahawa segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada Najib mengenai isu 1MDB selama ini terungkai apabila Perdana Menteri diberi sambutan baik oleh Trump.

“Selama ini PH menggunakan isu 1MDB untuk memburukkan imej Perdana Menteri di mata rakyat. Hampir setiap masa sepanjang 3 tahun ini mereka spin dan membuat fitnah kepada Perdana Menteri.

“Kononnya Perdana Menteri akan ditangkap dan didakwa jika ke luar negara atau ke AS, terbukti sekarang ianya adalah satu fitnah dan niat jahat pembangkang untuk menjatuhkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin negara.

“Tohmahan Malaysian No1 yang dilemparkan pada Najib nyata tidak berasas dan menyebabkan PH seperti cacing kepanasan apabila kehilangan modal politik untuk menjatuhkan Najib serta Barisan Nasional pada PRU ke-14 nanti,” jelas Achmad ketika dihubungi BNBBC.my portal pada Khamis.

Sebenarnya, menurut Achmad, perkara yang paling ditakuti PH ialah populariti Najib dilihat semakin meningkat menjelang PRU ini.

Tambahnya, PH amat takut rakyat mula menyedari segala tohmahan yang dilemparkan kepada Najib adalah fitnah sekaligus dapat mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Najib dan BN.

Faktor ini menurut Achmad akan menyukarkan lagi peluang mereka untuk menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

“Sebab itu mereka akan berusaha mematahkan segala momentum yang dapat meningkatkan sokongan rakyat kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang dipimpinnya.

“Mereka tidak mahu usaha memburukkan Najib selama ini menjadi sia-sia dan terhenti begitu sahaja.

“Jadi saya berpendapat, persidangan khas Dewan Rakyat yang diminta mereka ini sebagai usaha mereka untuk menenggelamkan pencapaian yang berjaya dihasilkan oleh Najib dengan Trumph,” kata Achmad.

Jelas Achmad, alasan pembangkang yang mencadangkan Perdana Menteri memperincikan hasil pertemuan itu di Dewan Rakyat adalah satu helah dan hanya membuang masa sahaja.

“Tony Pua siang tadi mengakui keperluan KWSP membuat pelaburan untuk dapatkan dividen kepada pencarum.

“Soalnya bagaimana ia dilaburkan itu tidak penting, dan memang setiap tahun KWSP melabur dalam pelbagai cabang pelaburan dan dividennya diberi kepada pencarum.

“Sebenarnya mereka ini iri hati dan tak menduga bahawa Perdana Menteri dapat meyakinkan Trump untuk memberi peluang kepada Malaysia melabur di negara yang paling berkuasa di dunia itu,” jelas Achmad lagi.

Achmad juga berkata, Perdana Menteri tidak perlu menoleh kebelakang lagi dan memperdulikan tindakan pembangkang yang memang tidak akan pernah berputus asa untuk menjatuhkan beliau.

“Inilah masanya, berkat kesabaran yang tinggi, setelah teruk dikecam dan difitnah, Najib perlu segera memacukan dirinya dan BN ke arah yang lebih positif demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada PRU nanti,” kata Achmad.


0 comments:

share2