Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 15, 2017

GANDINGAN ANWAR - MAHATHIR HANYA DRAMA


Anwar, Mahathir


Shah Alam - Gandingan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan hanya satu lakonan drama semata-mata.

Penganalisis Politik, Md Shukri Shuib berkata, tindakan pemecatan dan penyingkiran Anwar serta para penyokong beliau daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998 masih diingati jelas oleh para pejuang keadilan yang terawal.

Katanya, gandingan Anwar dan Mahathir akan tamat setelah selesainya PRU14. Jika Pakatan Anwar dan Mahathir ini berjaya mendapat majoriti kerusi di Parlimen, beliau yakin kedua-dua pemimpin ini akan bertelagah dan akhirnya kerajaan tidak dapat dibentuk.

“Anwar-Mahathir dan DAP tidak akan mampu membina kestabilan negara, malah kerosakan dijangka akan lebih teruk berlaku dibanding kerajaan BN sedia ada,” katanya.

Kelmarin, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Pengerusi pula adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Manakala, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu adalah timbalan presiden. Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub menjadi naib presiden.


0 comments:

share2