Shah Alam - Tiga individu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 3 Februari lalu kerana dipercayai telah menyamar sebagai Pegawai SPRM.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an hingga 50-an itu ditahan di Kuala Lumpur kira-kira jam 8.45 malam.
Mereka yang menyamar sebagai Pegawai SPRM itu dipercayai telah meminta RM350,000 daripada seorang mangsa kononnya boleh membantu menutup siasatan SPRM ke atas dirinya.
Tambah sumber, ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan telah direman selama empat hari sehingga 7 Februari 2017.
0 comments:
Post a Comment