Sungai Buloh - Sambutan Ulang Tahun ke-2 #BebasAnwar di pekarangan penjara Sungai Buloh agak suram apabila kelibat pemimpin tertinggi pembangkang tidak kelihatan.
Berbanding tahun sebelum ini, sambutan dilihat cukup meriah dengan kehadiran pemimpin tertinggi Pakatan Harapan namun malam ini sedikit berbeza apabila yang hadir hanyalah 'wakil' kepada parti-parti dalam Pakatan Harapan.
Antaranya adalah Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok, selain Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beserta anaknya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Nurul Nuha Anwar serta beberapa lagi pemimpin Amanah, DAP dan PKR lain.
Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin terpaksa bergegas pulang awal apabila mendapat berita kematian melibatkan keluarga terdekat beliau.
Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan , terhadap tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.
Pada tarikh sama tahun 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
0 comments:
Post a Comment