Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 4, 2017

PERTANDINGAN 3 PENJURU PRK DUN TANJONG DATU


SPR


Lundu – Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Reformasi Negeri (Star) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru.

Ia melibatkan Puan Sri Jamilah Anu (BN), Rapelson Richard Hamit (PBDS Baru) dan Johnny Aput (Star), menurut Pegawai Pengurus PRK DUN Tanjong Datu Hamsein Atar ketika mengumumkannya di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu hari ini.

Manakala pendaftaran seorang calon Bebas iaitu Asbol Abdullah ditolak. Proses pengundian awal bakal berlangsung pada 12 Februari ini manakala pengundian biasa ditetapkan 18 Februari depan.

Seramai 9,959 pemilih berdaftar, terdiri masing-masing daripada 9,771 pengundi biasa dan 188 pengundi awal disahkan sebagai layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRK kali ini.

PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-11 tahun lalu, allahyarham Adenan menewaskan dengan majoriti 5,892 undi ke atas calon tunggal pembangkang iaitu dari PKR, Jazolkipli Numan yang hanya dapat 468 undi dan hilang deposit.


0 comments:

share2