Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 2, 2017

[KUANTAN] IBU TUNGGAL, 3 ANAK TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG




Rumah Faridah hangus terbakar dalam kejadian membabitkan tiga rumah di Lorong 12 Taman Tas, pagi tad


Ibu tunggal dan tiga anak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus terbakar dalam kejadian kebakaran membabitkan tiga rumah di Lorong 12 Taman Tas kira-kira jam 9 pagi tadi.

Mangsa, Faridah Idris, 44, dan tiga anak tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka terbakar sepenuhnya tanpa sempat menyelamatkan sebarang harta benda termasuk sebuah motosikal.

Jiran yang juga mangsa, G. Sumathy, 32, berkata, dia yang sedang memasak dikejutkan dengan bunyi letupan kuat sebelum keluar rumah untuk mencari kepastian.

Menurutnya, api dilihat marak menjilat rumah jirannya (rumah Faridah) bermula dari bilik hadapan dan dia segera menjerit meminta tolong daripada jiran berdekatan.

"Saya terkejut nampak air besar dan cepat-cepat jerit minta tolong jiran lain sebelum kami ramai-ramai cuba padam api guna paip rumah masing-masing.

"Saya tak pasti ada orang atau tidak di rumah Faridah.. api memang cepat merebak dan kena dua rumah lain sebelah di kiri dan kanan.

"Rumah saya terbakar di bahagian bilik... nasib baik bomba cepat datang, kalau tidak.. habis rumah saya pun hangus terbakar,"katanya.


0 comments:

share2