Shah Alam – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kejutan dengan menghadiri Persidangan Kebangsaan DAP yang diadakan di IDCC, di sini hari ini.
Beliau yang dahulunya lantang menentang DAP dilihat seakan sudah tidak berasa malu lagi dengan pembangkang apabila diiringi ketika memasuki dewan kira-kira jam 10.15 pagi bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.
Hadir bersama mengiringinya ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismai, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau ditempatkan di hadapan pentas bersebelahan dengan Kita Siang dan penasihat parti DAP, Dr Chen Man Hin selain barisan pemimpin DAP dan Pakatan Harapan yang lain.
Biarpun dikecam teruk dalam konvensyen DAP Pulau Pinang sebelum ini, Dr Mahathir nampaknya tidak kisah biarpun dihina oleh ahli DAP sendiri dengan menyifatkannya sebagai seorang yang diumpamakan seperti ular dan bapa ayam.
Memetik The Star, Wakil DAP Bahagian Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind bulan lalu mempersoalkan adakah veteran DAP Lim Kit Siang tidak berasa malu ketika bersama Dr. Mahathir.
“Kenapa beliau datang kepada DAP dan Bersih sekarang? Kerana beliau takut bahawa jika pembangkang menang dalam pilihan raya nanti, kita akan mendedahkan segala-galanya.
“Ia seperti mahu menyelamatkan pelacur, tetapi beliau adalah bapa ayam yang menjadikan wanita itu sebagai pelacur,” kata Shamsher ketika konvensyen DAP Pulau Pinang.
Sementara itu, ahli perlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew sebelum ini turut mengesahkan Mahathir tidak akan dijemput ke persidangan itu memandangan Pribmi masih belum menjadi parti komponen pembangkang secara rasmi.
Prinsip apa yg manusia nie pakai??
Ada yg kena penjara..kena kencing dan kena berak oleh mamak kerala tu tapi sanggup jadi pelakon drama taik.
Kak jijah...suami ko meliwat tu konspirasi mamak kerala ker atau mmg cerita benar????