Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 2, 2016

#PAU2016: UMNO TAWAR KHIDMAT PERCUMA UNTUK PERWAKILAN, PENGUNJUNG





Kuala Lumpur – Seperti kelaziman tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini UMNO menawarkan perkhidmatan kemudahan pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU) bermula 29 November sehingga 3 Disember ini kepada perwakilan dan pengunjung.

Menurut Pakar Perubatan Kecemasan, Dr Izzat Ismail, pusat kesihatan ini adalah kerjasama dari pelbagai pihak.

“Pusat kesihatan ini adalah kerjasama dari Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan juga bomba yang turut menyediakan petugas-petugas serta ambulans bagi menghadapi kes-kes kecemasan.

“Kami juga menjadikan HKL sebagai rujukan pertama dan Hospital Selayang sebagai rujukan kedua bagi kes-kes kecemasan.

“Sehingga ke hari ini jumlah pesakit yang dirawat di sini sudah melebihi 30 orang, namun hanya dua daripadanya dirujuk ke HKL berikutan sakit jantung,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Jumlah kakitangan yang disediakan pula meningkat daripada 55 orang berbanding tahun lalu hanya seramai 30 orang, katanya.

Tambahnya lagi, turut disediakan ialah pasukan ‘Mobile Medical’ di dewan persidangan yang sentiasa bersedia memberi khidmat kepada perwakilan dan juga orang ramai terutama sekali warga emas di setiap aras bangunan.

Pusat kesihatan ini beroperasi di aras empat bangunan PWTC manakala lokasi kedua di aras dua. – MediaUMNO

Penulis merupakan pelatih dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM


0 comments:

share2