Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 4, 2016

NAJIB, HADI ANTARA RIBUAN UMAT ISLAM SERTAI HIMPUNAN SOLIDARITI UNTUK ROHINGYA




Kuala Lumpur - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyertai ribuan umat Islam menghadiri Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa.

Himpuan aman solidariti itu bagi melahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia terhadap kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya di Myanmar, terutama di Rakhine di perkampungan Rohingya.

Kerajaan Myanmar kini menerima tekanan dari pelbagai pihak antarabangsa atas tindakan kezaliman dan penindasan yang dilakukan ke atas etink Rohingya di Mynmar yang melanggar hak asasi kemanusiaan.


0 comments:

share2