Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 31, 2016

[KUANTAN] HANYA RM13 DALAM DOMPET


Hanya RM13 dalam dompet


Seorang pesakit kanser limfoma tahap tiga mengembara secara solo ke seluruh Semenanjung bagi menyampaikan mesej kanser bukan tiket untuk mati dan mengubah persepsi orang ramai terhadap penyakit itu.

Anak bongsu daripada lima beradik, Mohd Zaki Yamani, 27, memulakan perjalanan dari kediamannya di Kampung Bukit Rang Dua, Pulau Tawar, Jerantut pada 27 Ogos lalu dan dijangka tamat dalam tempoh 13 hari.

Mohd Zaki berkata, berbekalkan RM13 tanpa kad pengeluaran wang, dia menuju ke pantai timur sebelum utara dan selatan dengan menumpang pengguna jalan raya ke destinasi dituju.

Menurutnya, dia berhenti di beberapa lokasi untuk makan dan bermalam termasuk di rumah kenalan baru dikenali yang menyokong usahanya itu.

“Tujuan saya hanya ingin sampaikan mesej bahawa kanser bukan tiket untuk mati dan ubah persepsi negatif terhadap penyakit ini.

“Diharap jelajah solo saya ini dapat membuktikan bahawa pesakit kanser juga menjalani kehidupan seperti orang biasa.

“Dari satu tempat ke satu tempat, saya tumpang kereta sesiapa sahaja dengan tunggu tepi jalan, malah ada pelawa untuk berhenti makan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dia yang kini berada di Langkawi berkata, pengalaman mengembara memberi peluang bertemu kenalan baharu.


0 comments:

share2