Shah Alam - Tindakan sebuah syarikat percetakan yang mengeluarkan sebuah majalah berkaitan ucapan Aidilfitri dengan memaparkan gambar Rasulullah SAW serta beberapa fakta sejarah yang salah berkaitan baginda disifatkan sebagai perbuatan melampau.
Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi berkata, pihaknya telah menerima aduan berkenaan hal ini dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap syarikat percetakan terbabit.
"Percetakan majalah ini berkaitan ucapan Aidilfitri namun ianya didapati lebih kepada unsur penghinaan terhadap agama Islam dengan memaparkan gambar Rasulullah serta beberapa fakta yang salah berkaitan sejarah baginda Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yusuf turut menggesa agar syarikat terbabit tampil untuk memberi penjelasan berkenaan isu ini dan memohon maaf secara terbuka.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta pihak berwajib yang lain diharapkan dapat bertindak segera dan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat terbabit," katanya.
0 comments:
Post a Comment