PENGHARGAAN KEPADA PAIP MARAN(PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD) YANG BERTUGAS SEMPENA AIDILFITRI 2016
Berhubung perkara di atas,saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua warga kerja PAIP Maran yang bertugas di musim perayaan Aidilfitri ini.
Persedian awal telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran bekalan air di Dalam kawasan DUN Kuala Sentul dengan meletakkan tangki statik di "blackspot" dalam Dun Kuala Sentul bgi menghadapi persediaan Aidilfitri 2016 :
(1) Masjid Jgk 5
(2) Surau Blok C Jgk 5
(3)Kaw tinggi Jgk 4 (berhampiran Masjid Jgk 4)
(4) Kaw tinggi Jgk 5 (Jalan ke tangki air)
(5) Kaw tinggi Jgk 3 (berhampiran menara Celcom)
Langkah lain termasuk penambahbaikan bagi mengelakkan terputusnya bekalan air termasuk memasang Pam Air Bersih yg baru di Loji Ulu Jempol dan Loji J3-7
Namun demikian berlaku juga keadaan luar jangka akibat masalah teknikal dikenalpasti sebagai 'air lock'di Felda Jengka 2 yang menyebabkan gangguan bekalan air dikawasan berkenaan
Lori tangki telah dihantar bermula pada petang hari raya pertama bagi membantu penduduk yang terjejas dengan gangguan bekalan air.
Warga kerja PAIP Maran seramai 25 orang bertugas siang dan malam khusunya bagi memastikan pengguna air di DUN Kuala Sentul dapat merayakan Aidilfitri tanpa gangguan bekalan air
Persedian awal PAIP Maran telah berjaya mengatasi masalah gangguan bekalan air dimusim perayaan sebelum ini di Jengka 1,Jengka 4 dan Jengka 5.
Pastinya dengan komitmen yang ditunjukkan oleh warga kerja PAIP Maran ini akan dihargai oleh semua pihak khususnya penduduk di dalam DUN Kuala Sentul.
Saya sangat terharu dengan komitmen yang telah diberikan oleh kesemua staf PAIP Maran.Ada yg sanggup mengorbankan masa berhari raya bersama keluarga untuk memastikan orang lain dapat menyambut raya dengan ceria. Merekalah wira yang tidak didendang.
YB Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin
Exco Kerajaan Negeri Pahang
ADUN Kuala Sentul
9hb July 2016.
0 comments:
Post a Comment