Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 10, 2016

MADRASAH DIPANTAU, PASTIKAN TIADA AKTIVITI IS


Ahmad Zahid Hamidi


Putrajaya - Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau semua madrasah di negara ini untuk memastikan tempat pengajian itu tidak terlibat dengan aktiviti ancaman militan IS.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, setakat ini pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri mendapati tidak ada pembabitan madrasah dengan kegiatan militan IS.

"Setakat ini, kita tidak dapat sebarang maklumat mengenai pembabitan madrasah.

"Jika ada, pihak polis sudah tentu mengambil beberapa langkah dan tindakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Terbuka beliau di Sri Satria, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di sini semalam.

Ahmad Zahid ditanya sama ada madrasah-madrasah dan sekolah-sekolah agama di Malaysia turut dipantau sebagaimana di Indonesia bagi mengekang penularan fahaman militan IS.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata Malaysia dan Indonesia turut berkongsi dan bertukar tukar maklumat dalam usaha membanteras ancaman keganasan di kedua-dua negara.

"Banyak bentuk pertukaran maklumat dibuat oleh pihak Interpol dan diberikan kepada pihak polis dan Polis Indonesia. (Maklumat berhubung) Undang-undang anti-keganasan yang akan dibahaskan di Parlimen Indonesia tidak lama lagi turut akan dikongsi kepada Malaysia.

"Ini bertujuan agar Malaysia dan Indonesia boleh bekerjsama untuk membanteras sepenuhnya pengaruh keganasan di dalam negara," katanya.


0 comments:

share2