Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 1, 2016

[JENGKA] RAJA BERSAMA RAKYAT DALAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Raja bersama rakyat dalam majlis khatam al-Quran


Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad dan isterinya Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkenan mencemar duli memeriahkan majlis khatam al-Quran Rakan Muda Peringkat Negeri Pahang di Masjid As Siddiqin, Jengka 15, di sini, semalam.

Majlis yang dihadiri lebih 500 penduduk setempat serta 400 penyertaan belia seluruh Negeri Pahang itu dimulakan dengan program bacaan al-Quran beramai-ramai diikuti tazkirah ringkas, majlis berbuka puasa, solat maghrib, penyampaian sumbangan kepada asnaf oleh

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Felda oleh Tengku Mahkota.

Dalam ucapannya, Tengku Mahkota bertitah agar program ini bukan sekadar menjadi penamat kelas al-Quran dan fardu ain Rakan Muda, sebaliknya menjadi satu aktiviti berfaedah dalam menjadi belia yang baik, berakhlak dan menghayati makna serta ajaran al-Quran.

Baginda sama-sama membaca al-Quran dengan lebih 500 belia, penduduk dan wakil pelbagai jabatan khususnya Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang yang merupakan penganjur utama program tahunan ini.

"Penganjuran program seumpama ini perlu diperbanyakkan dan diteruskan memandangkan ia diadakan di bulan yang penuh berkat bagi umat Islam. Umat Islam berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah bagi meraih pahala berganda.

"Sambutan Ramadan pasti tidak lengkap tanpa kita mengimarahkan masjid dan surau. Masjid dan surau yang diimarahkan setiap Ramadhan dengan pelbagai aktiviti keagamaan adalah platform pembangunan umat Islam yang sempurna, rohani dan jasmani," titah baginda.

Dalam pada itu baginda bertitah agar Felda tidak melakukan pemotongan gaji atau duit raya yang banyak terhadap peneroka sempena musim perayaan ini.

Baginda turut menyampaikan perkenan berpuas hati akan sumbangan Felda dalam membangunkan kesejahteraan peneroka, dekad ini, serta menyeru masyarakat memperkuatkan jalinan silaturahim sesama insan.


0 comments:

share2