Telok Kemang - Seorang lelaki T Chithtravelu ditemui mati selepas hilang ketika mandi di Pantai Telok Kemang sekitar jam 9.37 malam tadi. Terdahulu.
Mangsa yang datang dari Telok Panglima Garang bersama isteri dan tiga anaknya dilihat dalam keadaan terkapai-kapai sebelum tenggelam dan hilang sekitar jam 5.30 petang tadi.
Anaknya, Tharsini,17, berkata, ketika kejadian, dia bersama seorang adik dan ayahnya menaiki pelampung di kawasan pantai.
"Tapi kemudiannya ayah bersendirian pergi lebih jauh ke tengah laut menaiki pelampung berkenaan.
"Masa tu mungkin ayah tak sedar, dia dah pergi terlalu jauh dan apabila turun (dari pelampung) kakinya tidak jejak dasar.
"Saya nampak ayah terkapai-kapai, tapi tak sempat nak diselamatkan, ayah dah tenggelam dan terus hilang, kejadian sangat cepat," katanya.
Tharsini berkata, pelampung berbentuk buaya itu di bawa dari rumah dan anginnya di sini di sebuah kedai sebaik tiba di pantai Telok Kemang sekitar jam 3.30 petang.
"Ayah sebenarnya pandai berenang dan sepatutnya kami balik semula ke Banting hari ini juga," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh anggota penyelamat di air Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang di bantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) Port Dickson.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Azdli Abu Shah yang turut berada di lokasi kejadian berkata, mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson untuk di bedah siasat.

0 comments:
Post a Comment