Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 5, 2016

TAK PERLU BAWA KAD JIKA PAKAI JAM TANGAN TOUCH `N GO


GAMBAR HIASAN


Penggunaan kad Touch ‘n Go kini sudah boleh dianggap sebagai satu keperluan dalam kehidupan seharian kita.

Selain digunakan untuk pembayaran di plaza tol, ia merupakan salah satu platform pembayaran di premis yang menjalankan sistem imbasan kad ini.

Terbaharu, Touch ‘n Go telah melancarkan jam tangan untuk memudahkan penggunaan kad ini.

Dinamakan Time Traveller Watch, jam ini diintegrasikan agar pengguna boleh melakukan transaksi Touch ‘n Go dengan memakainya.








Ketua Pegawai Esksekutif Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) Syahrunizam Samsudin berkata menerusi jam berkenaan, pengguna tidak lagi perlu membawa kad atau wang bagi membuat pembayaran di beberapa premis yang dilantik TNGSB.



Menurut Syahrunizam, jam ini juga memenuhi keperluan gaya generasi masa kini yang mengutamakan kemudahan tanpa mengira lokasi.

Menggunakan Time Traveller, pengguna hanya perlu mengimbas jam tangan tersebut di lokasi Touch ‘n Go seperti biasa, dan transaksi akan dilakukan secara automatik. Pengguna juga boleh menambah nilai kredit jam tangan berkenaan di semua lokasi sedia ada.

Integrasi pada jam tangan juga, boleh menyelesaikan masalah sering tertinggal kad Touch n Go memandangkan ia sedia terpakai pada pergelangan tangan sepanjang masa.

Bagi yang berminat, ia dijual pada harga promosi RM155 seunit mulai hari ini sehingga Ahad, berbanding harga biasa RM239 seunit.


0 comments:

share2