Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 8, 2016

MAUT PULANG DARI BAZAR RAMADAN


Maut pulang dari bazar Ramadan


Rembau – Seorang kakitangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) meninggal dunia selepas terjatuh akibat serangan jantung berhampiran kawasan bazar Ramadan pekan Rembau, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 52 tahun dari Kampung Rendah dikatakan merasa sakit dan jatuh sebaik keluar dari kawasan bazar.

Menurut sumber, orang ramai yang berada di kawasan berkenaan cemas melihat keadaan mangsa dan segera menghubungi pasukan paramedik.

“Bagaimanapun, sebaik pasukan paramedik tiba di lokasi, mangsa disahkan telah meninggal dunia. Mangsa dipercayai mengalami serangan jantung kira-kira dua minggu lalu dan kini mendapatkan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Mangsa pergi ke bazar bagi membeli kuih-muih bagi berbuka puasa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.


0 comments:

share2