Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 13, 2016

PRK SUNGAI BESAR, KUALA KANGSAR DIBUAT SERENTAK


PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar dibuat serentak


Putrajaya – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar dibuat serentak pada tarikh yang sama.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 5 Jun iaitu hari Ahad dan tarikh hari mengundi pada 18 Jun (Sabtu).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selepas mesyuarat khas berlangsung hari ini berkata, penamaan calon bagi kedua pilihanraya diadakan pada 5 Jun.

Beliau menambah, hari pengundian awal akan diadakan pada 14 Jun manakala hari mengundi pula ditetapkan pada 18 Jun.‎


0 comments:

share2