Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 12, 2016

PEMAIN PIALA PRESIDEN PAHANG CEDERA KEMALANGAN


Kemalangan


Seorang pemain skuad Piala Presiden Pahang cedera selepas van dinaiki bertembung dengan sebuah jentolak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, van dinaiki oleh 16 pemain dan jurulatih bola sepak skuad berkenaan dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S. Markandan berkata, Muhammad Adam Mohamad Zaki, 19, mengalami kecederaan di bahagian lutut kiri manakala pemain lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kenderaan dipandu Mohamad Zahri Othman, 45, hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah jentolak yang dipandu Ghandi Govindaraj, 53.

"Kedua-dua pemandu itu turut mengalami kecederaan masing-masing di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa kini dirawat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


0 comments:

share2