Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 7, 2016

MAYAT KEDUA MANGSA NAHAS HELIKOPTER DIJUMPAI


Mayat kedua mangsa nahas helikopter dijumpai


Kuching - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat seorang lelaki dipercayai mangsa nahas helikopter, 10km dari Pusat SAR di Lingga, kira-kira 250km dari sini, pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad mengesahkan mayat terbabit dijumpai pada jam 8.31 pagi.

"Mayat mangsa yang ditemui akan dibawa ke (satu) tempat...tapi tempatnya belum dipastikan lagi," katanya kepada pemberita, di sini.

Penemuan mayat itu, dipercayai mangsa kedua yang dijumpai selepas mayat mangsa pertama tragedi terbabit iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dijumpai di tebing Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, kira-kira 30km dari Lingga, tengah hari semalam.

Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah, Asmuni Abdullah. 

Anggota Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada jam 4.12 petang Khamis menghala ke Kuching sebelum terputus hubungan dan hilang dari radar.

Beberapa serpihan pesawat itu ditemui dekat Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau semalam.


0 comments:

share2