Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 12, 2016

DIORANG NAK BUNUH AKU...


Diorang nak bunuh aku...


AJIM dan Alim merupakan kembar. Pada sesiapa yang tidak rapat dengan mereka pasti tidak mampu membezakan mereka berdua. Muka sangat seiras, perangai pun lebih kurang sahaja. Apa yang lebih menarik tentang mereka ialah mereka mampu bertelepati sesama mereka.

Pendek kata mereka boleh berkongsi perasaan antara satu sama lain. Jika Ajim sedih, maka Alim juga akan sedih. Begitulah unik ikatan kembar berdua ini.

“Ooo…maknanya kalau Ajim cakap dia lapar nak makan pun kau boleh tahulah?” tanya Ijoi.

Ajim angguk. “Ya, macam tulah.”

“Kalau demam, maknanya dua-dua akan demam?” Kimi pula bertanya.

“Erm…tengok jugaklah, kalau contoh macam aku demam panas, Ajim akan demam ringan je. Tak adalah sama teruk macam aku,” jelas Alim pula.

“Ooo…” Angguk Kimi dan Ijoi tanda memahami.

Suatu hari, perkara yang malang terjadi kepada kedua-dua kembar tersebut apabila Ajim hilang secara tiba-tiba. Mereka mengesyaki Ajim telah diculik. Laporan sudah dibuat seminggu yang lepas. Alim sentiasa murung semenjak kehilangan Ajim. Dia benar-benar ‘lost contact’ dengan kembarnya.

“Ajim, please…. bagi signal pada aku, please,” rayu Alim. Dia pejamkan mata mengharapkan Ajim bertelepati dengannya seperti kebiasaan. Tetapi aneh sekali, dia tak dapat merasakan apa-apa. Seolah-olah Ajim sudah tidak lagi wujud dalam dunia.

“Alim, ada kawan ni nak jumpa dengan Alim,” ibunya muncul secara tiba-tiba di muka pintu.

“Emm…suruhlah mereka masuk.” Alim daripada posisi baring di atas katil tadi segera duduk.

Ijoi dan Kimi masuk ke dalam bilik.

“Kau ok, Alim? Seminggu dah kau tak datang kelas,” tanya Ijoi.

Alim angguk kepala.

“Aku tumpang simpati dengan kau. Kau pernah ceritakan yang kau mampu bertelepati dengan Ajim. Kau dapat apa-apa?” ujar Kimi pula.

Alim mengurut dahi. “Aku… aku tak mampu. Macam Ajim dah tak ada dalam dunia ni lagi.” Nadanya bertukar sebak.

Ijoi dan Kimi duduk sebelah-menyebelah dengan Alim. Mereka cuba menenangkan Alim.

[Alim...]

Alim berdiri. “Ajim? Ajim!” Alim dapat mendengar suara Ajim.

[Alim, mana kau? Aku takut.]

“Aku kat sini, Ajim. Kau bagi tahu aku, kau kat mana!”

[Alim, aku takut Alim. Diorang nak bunuh aku... Diorang nak kerat aku. Selamatkan aku, Alim.]

“Siapa yang nak bunuh kau? Kau kat mana Ajim?” Alim menjerit. Ijoi dan Kimi terpinga-pinga.

[Tolong aku. Ah, diorang datang. Tolong! Tolong...aku tak nak!]

“Ajim!”

“Alim...” Ijoi dan Kimi tercengang. “Tangan kau.”

Alim lihat lengan kanannya. Terdapat satu garisan merah bergerak panjang mengelilingi lengannya. Daripada garisan itu, darah mengalir keluar.

“Ahhh!” Alim terkejut.

Sappp!

Tangan Alim terputus dua. Darah memancut-mancut keluar. “Arghhhh!” Alim menjerit.

[Arrghhh! Alim, diorang kerat tangan aku! Ya, Allah! Sakitnya!]

Ijoi dan Kimi turut menjerit histeria. Kali pertama mereka melihat kejadian aneh ini.

Sappp!

Sebelah kaki Alim pula terputus. Alim terjatuh. Lantai sudah menjadi kolam darah. Penuh dengan darah! Alim menjerit-jerit kesakitan. Ibu dan Ayah Alim yang mendengar Alim menjerit segera masuk ke dalam bilik. Apabila mereka lihat keadaan Alim, hampir pengsan mereka dibuatnya. Terkejut dan tak tahu nak buat apa.

[Alim! Diorang nak kerat kepala aku pulak!]

Muka Alim menjadi bertambah pucat. Dia tahu dia juga bakal menerima nasib yang sama.

*SETAPAK DALAM GELAP adalah buku yang menghimpunkan lebih 30 kisah paranormal, horror dan thriller terbitan Buku Pojok. Memetik kata-kata penulisnya, Ocik Baim, "Sudah tiba masanya untuk kita keluar daripada stereotaip cerita seram. Banyak perkara yang boleh buat kita rasa seram daripada penglibatan hantu itu sendiri." - Whatsapp ke 011-2906 1240 atau terus ke http://bit.ly/23fK3oU untuk pembelian buku.


0 comments:

share2