Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 13, 2016

AHLI PARLIMEN JELEBU PENGSAN, DIHANTAR KE HKL


Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail


Jelebu - Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas tidak sedarkan diri tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengahari itu, Zainuddin dihantar ke Hospital Jelebu selepas tidak sedarkan diri di rumahnya dekat Kuala Klawang di sini.

Ketua Umno Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, Zainuddin kemudiannya dibawa ke HKL kira-kira jam 1.40 petang tadi, menaiki ambulans.


0 comments:

share2