Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 15, 2016

WARIS PESERTA PROGRAM JCM PERTAHAN KJ


 Waris peserta program JCM pertahan KJ


Shah Alam – Ketika banyak pihak menghentam Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan penganjur program Junior Cycling Malaysia (JCM), seorang pengguna Facebook tampil dengan kenyataan berbeza.

Menerusi kemas kini di laman sosial Facebook, seorang netizen, Azizah Yahya yang merupakan waris kepada salah seorang peserta bagi kategori bawah 9 tahun yang memenangi pertandingan tersebut dilihat mempertahankan tindakan JCM.

“Semalam kecoh 1 Malaya pasal hadiah wang itu. Macam-macam komen tapi banyak negatif dari yang positif. Chill lah. JCM ni untuk cari pelumba berbasikal cilik sebagai pelapis negara sebab persatuan sedia ada seperti kurang peranan atau lupa objektif persatuan.

“Program ini samalah juga dengan program Pembangunan Bola Sepak Negara di bawah Lim Teong Kim yang bersaing dengan kelab-kelab hebat, yang bila menang semua orang puji bagai nak rak tu. Siap puji KJ melambung-lambung lagi,” tulisnya.

Sebagi ahli keluarga kepada salah seorang peserta, Azizah memaklumkan bahawa program tersebut adalah merupakan pendedahan awal yang tidak ternilai kepada peserta dan bukannya disebabkan oleh kepentingan wang.

Azizah berkata, bajet bernilai RM2 juta bagi penganjuran tujuh ke lapan siri program berbasikal JCM tersebut adalah agak kecil memandangkan ia melibatkan pelbagai kos lain termasuk kos logistik.

“Susun atur ketika penganjuran program berkenaan sangat berbeza berbanding sebelum ini. Lagipun ini pertama kali buat JCM. Kira ok lah,” tulisnya.

Walaupun berlaku sedikit kekeliruan semasa pengumuman pemenang bagi kategori yang dipertandingkan oleh anaknya, Azizah memaklumkan bahawa pihak urus setia sangat memberi kerjasama dan memperbetulkan kesilapan tersebut.

Dalam pada itu, kemas kini status Azizah tersebut turut mendapat perkongsian daripada Khairy.

Menurut Khairy, pihaknya amat menghargai komen yang diberikan oleh Azizah tersebut dan menganggapnya sebagai pembakar semangat untuknya meneruskan program pencarian bakat selepas ini.

“Komen anda sangat bermakna dan saya berharap anak anda mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan berbasikal,” tulisnya.


0 comments:

share2