Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 16, 2016

WARIS DICARI, DUA BERADIK TIADA PENGENALAN DIRI


Waris dicari, dua beradik tiada pengenalan diri


Shah Alam - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat mencari ibu bapa kandung atau waris dua beradik yang diserahkan kepada sepasang suami isteri pada pertengahan tahun 2009.

Kanak-kanak terbabit dikenali Muhammad Amizan Abdullah, 9, dan Muhammad Amirul Abdullah, 8.

Pelindung JKM Hulu Langat, Shukor Salleh Laslile berkata, semasa diserahkan, kanak-kanak terbabit tiada sebarang maklumat pengenalan diri dan ibu bapanya terus menghilangkan diri selepas menyerahkan kepada pasangan suami isteri.

Menurutnya, pasangan beradik tersebut kemudian diserahkan kepada JKM untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dapati ibu kandung hanya dikenali sebagai Nor Erma Zainuddin, warga Indonesia dan berkenalan dengan bapa kandung semasa bekerja di restoran di Alamanda, Putrajaya.

"Alamat terakhir adalah di Taman Putra, Ampang dan dikatakan bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran di kawasan tersebut.

“Diharap waris dua kanak-kanak ini tampil bagi membantu pihak mahkamah membuat keputusan penempatan semula mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi beliau di talian 03-87378007.


0 comments:

share2