Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 11, 2016

'SELAGI IA BUKAN RASUAH, TIADA MASALAH'


Datuk Mohd Sharkar Shamsudin


Seremban - “Selagi duit itu bukan duit rasuah, bagi saya ia tiada masalah,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Rasah, Datuk Baharin Mohamad yang bertanya kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjawab dan memberi penerangan mengenai isu RM2.6 bilion dari awal lagi.

Katanya, pelbagai isu dibiar berlarutan hampir setahun dikhuatiri menjejaskan pemilihan Umno akan datang.

Menurutnya, sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti, Najib bertanggungjawab termasuk mencari dana untuk rakyat dan parti.

“Bila tuan-tuan buat program, mintak duit pernah tak tanya dari mana dapat duit itu? Begitu juga dalam Umno di mana kita beri kepercayaan Presiden parti dan dalam negeri kepada pengerusi badan perhubungan untuk cari duit.

"Pada zaman Tun Mahathir Mohamad dia juga pun ada usaha cari duit. Bila Perdana Menteri beritahu ada rakan dari Arab Saudi nak beri derma RM2.6 bilion, semuanya lalui proses dokumentasi yang dimaklum kepada Bank Negara.

“Masalahnya sekarang duit itu dikaitkan dengan 1MDB dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri buat-buat tak faham sedangkan semuanya telah dibawa dalam Kabinet,” katanya.


0 comments:

share2