Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 11, 2016

ROTI JANTAN?


Roti Jantan?


Senarai jenis roti canai berserta harga telah ditampal pada satu kedai makan di bandar Mukah. Aku membacakan satu-persatu jenis roti canai itu sebelum bertindak membuat pesanan. Mata aku tertarik dan terpaku pada satu jenis roti canai yang turut dijual.

Roti biasa – RM1.40

Canai Planta – RM1.70

Canai Bom – RM1.70

Canai Telur – RM2.20

Canai Jantan – RM2.70

Dengan perasaan ingin tahu, aku bertanyakan makcik yang sedang menebar roti canai itu perihal 'roti canai jantan' tersebut. Tertanya-tanya juga apa sebab ia dinamakan sedemikian rupa.

“Roti canai jantan ni ada dua telur,” jawab makcik itu tersimpul malu.

Lalu aku pun pesan roti planta sebab yakin dah cukup jantan.

Cikgu Sofuan Saadon: Orang lelaki kalau digelar jantan, itu maksudnya hebat dan kuat. Orang perempuan kalau dipanggil betina, itu bermakna sundal dan hina.

*Sofuan Saadon adalah seorang guru yang bertugas di Matu, Sarawak. Ikuti catatan jujur dan lucunya sepanjang berkhidmat sebagai guru di sana menerusi bukunya yang berjudul 'Dalam Bilik Darjah' terbitan Buku Pojok. Singgah ke http://bit.ly/1SztmgF untuk pembelian buku.


0 comments:

share2