Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 10, 2016

PATUH SYARIAH BUKAN PADA PAKAIAN SAJA


Patuh syariah bukan pada pakaian saja


Shah Alam - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata mematuhi syariah bukan sekadar dalam berpakaian atau pemakanan sahaja.

Sebaliknya, lebih sukar lagi dalam mematuhi syariah itu dari segi ketepatan waktu dan mematuhi janji.

“Yang lebih sukar dalam mematuhi syariah bukan sekadar pakaian dan makan minumnya tetapi ketepatan waktu, efisien, mematuhi janji dan memberi perkhidmatan yang lebih baik dari yang lain. Semoga berjaya,” tulisnya pada laman Facebook, semalam.

Kenyataan itu ditujukan kepada syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air yang kini sedang menghentikan operasinya sementara waktu berdasarkan gambar yang turut dikongsi beliau pada status tersebut.

Hari ini, Rayani Air mengumumkan pemberhentian operasinya buat sementara untuk penyelenggaraan pengurusan melalui akaun Facebooknya.

Melalui laporan media tempatan, ada penumpang mendakwa juruterbang Rayani Air telah melancarkan mogok hingga menyebabkan sekurang-kurangnya tiga penerbangan dibatalkan, semalam.

Rayani Air turut berkongsi laporan berita mengenai juruterbangnya yang didakwa mogok itu di akaun Facebook rasminya itu.


0 comments:

share2