Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 22, 2016

[KUANTAN] PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 DILANCARKAN MENTERI BESAR


                            

22.4.16. Menteri Besar Pahang Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob berkata sektor pelancongan menjadi semakin penting dalam menjana KDNK negeri Pahang sejak 3 tahun lalu.

Menurut beliau, Industri Pelancongan yang terletak di bawah Sektor Perkhidmatan telah menjana KDNK sebanyak  RM41.4 bilion pada tahun 2014 dan sentiasa meningkat pada kadar 5.4 peratus dan jika dibandingkan dengan ekonomi negara, pertumbuhan  ekonomi di Pahang adalah lebih baik.

Menteri Besar Pahang berucap ketika merasmikan Pelancaran Promosi Tahun Melawat Pahang 2017.
“Hogoh Pahang” menjadi tagline bagi Tahun Melawat Pahang 2017. Sementara Gajah menjadi mascot nya.

Pahang menjangka menambah kehadiran pelancong 25 hingga 30 peratus.  Pada masa ini pelancong ke Pahang berjumlah 10.5 juta, dijangka meningkat ke 12 juta atau 13 juta orang. Sementara jumlah pendapatan negeri dalam bidang pelancongan pada tahun lepas adalah  RM7.5 bilion dan  sasaran Tahun Melawat Pahang adalah RM10 bilion." 


0 comments:

share2