Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 8, 2016

KENYATAAN LAWAK BODOH UNTUK GULINGKAN MB JOHOR


Ab Aziz Kaprawi


Johor Bahru - Pendedahan mengenai gerakan mengguling Menteri Besar, Mohamed Khaled Nordin disifatkan sebagai tidak berasas dan hanya imaginasi individu yang mempunyai masalah mental.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, situasi politik di Kedah tidak sama seperti di negeri ini malah kesemua Timbalan Menteri dari Johor tidak mempunyai kerusi di peringkat Dewan Negeri.

“Kenyataan itu seperti lawak bodoh. Mungkin dia tiada ilmu pengetahuan tentang politik kerana untuk jadi Menteri Besar tiada Timbalan Menteri dari Johor yang menjadi Adun.

“Kedah lain kerana Menteri Besar ketika ini dulu memang Adun, situasi di Johor tidak sama. Kenyataan ini adalah hayalan dia sahaja, tiada angin tiada ribut tiba-tiba buat dakwaan begitu,” katanya kepada Sinar Harian.

5 April lalu, anak Speaker Dewan Negeri, Shukur Mohamad membuat pendedahan menerusi status di laman sosial Facebooknya mengenai gerakan untuk menggulingkan Mohamed Khaled yang diketuai seorang Timbalan Menteri dari negeri ini.

Aziz yang juga Ketua Umno Bahagian Seri Gading berkata, dakwaan itu adalah suatu perkara yang mustahil kerana tiada perbincangan diadakan oleh mana-mana bahagian Umno di Johor bagi melancarkan gerakan seperti didakwa.

“Gerakan ini pastinya ada kumpulan besar mungkin 10 bahagian yang berbincang tetapi sehingga hari ini tiada satu bahagian pun yang berbincang mengenai perkara ini (guling Menteri Besar).

“Malah kami Timbalan-timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen lain sentiasa duduk semeja di Parlimen dan berbincang mengenai usaha untuk mengukuhkan parti,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kenyataan itu bertujuan melaga-lagakan kepimpinan Umno di negeri ini namun kedudukan parti di negeri masih mantap dan berada dalam keadaan stabil.

“Kebetulan dia (Shukur) Ahli Umno Bahagian Seri Gading tetapi dia tidak bercampur dan tidak pernah hadiri sebarang perjumpaan di peringkat cawangan.

“Pastinya kenyataan ini bertujuan untuk memporak-perandakan Umno Johor dengan niat melaga-lagakan pemimpin,” katanya.


0 comments:

share2