Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 10, 2016

'KALAU DIBENARKAN, SAYA NAK KAHWIN 10 ORANG'


'Kalau dibenarkan, saya nak kahwin 10 orang'


Shah Alam - Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, 61, hari ini mendedahkan tips bagaimana dia kekal harmonis menjalani kehidupan berpoligami.

Dia yang mempunyai dua isteri, sembilan anak dan enam cucu berkata, apa yang menjadikan kehidupan berpoligaminya kekal bahagia ialah sikap saling mempercayai antara dia dan isteri-isterinya.

"Kita (suami) sebagai pemandu perlulah bijak memainkan peranan dalam kehidupan berumah tangga...kalau kita jujur dan bersikap berterus terang, insya-ALLAH kehidupan berkeluarga ini akan kekal bahagia.

"Bagi saya berpoligami ini bukan perkara yang menakutkan, malah saya mengalakkan agar sang suami yang mampu berpoligami, poligamilah, bantu janda-janda, kalau ikutkan sekiranya dibenarkan kita boleh berkahwin sampai 10 orang isteri, saya nak, tetapi agama kita tidak benarkan, jadi kita kena patuhlah," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Berbicara lanjut, Abdul Rani atau lebih mesra dipanggi ayah Arka berkata, bagi mereka yang berpoligami janganlah semata-mata demi nafsu dan untuk bersikap menunjuk-nunjuk.

"Jangan menganiya wanita, ayah adalah orang yang sayang wanita, sebab itu ramai yang hendak bergambar dengan ayah, ayah ada sikap sayang pada wanita, bukan hendak memperhambakan mereka, tidak sama sekali.

"Dan lagi satu lelaki kalau hendak sentiasa ceria, selalulah berdampingi dengan wanita," selorohnya.


0 comments:

share2