Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 8, 2016

DAKWAAN 10 ADUN SERTAI AMANAH HANYA REKAAN


Dakwaan 10 Adun sertai Amanah hanya rekaan


Kota Bharu - Dakwaan 10 Adun Pas akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) sekiranya bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dikenakan tindakan disifatkan tidak betul dan hanya rekaan dari pihak yang tidak sehaluan dengan Pas.

Adun Tendong, Mohd Rozi Mohamad berkata, dakwaan itu juga dilihat satu strategi untuk kepentingan politik pihak tertentu sedangkan situasi sebenar tidak sebagaimana digambarkan.

“Ramai wakil rakyat buat penafian sebelum ini, sebenarnya tidak ada apa- apa yang berlaku, sebagaiman di Tendong sendiri, Amanah tidak begitu memberi kesan sehingga boleh mengaitkan parti itu dengan rakyat di sini.

“Cuma mungkin sebelum ini terdapat percanggahan pendapat dalam satu dua isu sebelum ini, ia dilihat bertentangan dengan parti menyebabkan orang nampak kita tidak sayang pada parti, sedangkan hakikatnya bukan begitu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Rozi berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan 10 wakil rakyat Pas akan menyertai Amanah sekiranya Husam dipecat dari parti itu.

Rozi sebelum ini pernah dikaitkan dengan Amanah dan dikatakan antara 10 wakil rakyat yang akan menyertai Amanah di Kelantan.

Semalam, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulangi kenyataannya bahawa 10 wakil rakyat Pas akan mengikut jejak Husam dan menyertai Amanah sekiranya Adun Salor itu dipecat.

Menurutnya, sebab itu sehingga hari ini Pas tidak berani mengambil tindakan terhadap Husam kerana bimbang pengaruh pemimpin itu akan menjejaskan parti berkenaan.

Dalam pada itu, Rozi berkata, tidak perlu ada desakan supaya Husam meninggalkan parti kerana apa yang dilakukan sebelum ini atas dasar sayangkan parti, dan sepatutnya satu penyelesaian dicari bukannya membuat kecaman seperti itu.

“Sebaliknya ambik setiap teguran yang diberi dari sudut positif, sepatutnya diambil perhatian bukannya orang yang menegur dikecam, kerana apa yang dilakukan untuk kebaikan Pas, beliau antara aset parti yang pernah memperjuangkan matlamat dan dasar,” katanya.


0 comments:

share2