Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 16, 2016

BILA EMOSI KUASAI DIRI


Bila emosi kuasai diri


Sukan seharusnya menjadi simbol perpaduan yang boleh menyatupadukan serta mengeratkan hubungan sesama manusia.

Namun apabila sesuatu yang sepatutnya menjadi simbol perpaduan dan kesatuan kini sudah menjadi medium permusuhan, pergaduhan dan perpecahan antara kita, apa guna sukan itu wujud jika matlamat asalnya sudah hilang?.

Apa guna sukan jika tangan itu lebih banyak membuat simbol jari tengah daripada yang menghulurkan salam?.

Tak wajar bergaduh

INSIDEN kekecohan yang melibatkan pergaduhan dalam kalangan penyokong bola sepak di negara ini dilihat semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Seakan menjadi trend pula dalam kalangan mereka (penyokong), untuk mencetuskan suasana sedemikian dalam usaha menampilkan ‘pengaruh’ masing-masing tanpa mengira ianya dilakukan di tempat sendiri mahu pun di tempat lawan.

Malah sehingga ada yang berani merosakkan harta benda (biasanya di dalam stadium), hanya semata-mata demi untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan perlawanan.

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila wujudnya unsur-unsur provokasi melampau dalam kalangan penyokong yang biasanya ditujukan kepada pasukan yang ‘kalah’ dalam satu-satu perlawanan.

Suasana tegang

SECARA tidak langsung, ia boleh menimbulkan suasana tegang dan sekali gus mencetuskan kekecohan hingga berlakunya pergaduhan hingga berlarutan buat jangka masa yang lama selepas itu.

Insiden sedemikian berlaku pada aksi kekecohan melibatkan penyokong Perak dan penyokong Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Perak, 16 Februari lalu hingga mengakibatkan ada penyokong yang cedera.

Puncanya? Provokasi. Bagaimanapun insiden sedemikian juga sebenarnya boleh dielakkan jika kedua-dua penyokong tenang dan penuh iman di dada.

Dan seterusnya insiden berkenaan dilihat berlarutan hingga aksi suku akhir Piala FA di Stadium Selayang, 1 April lalu.

0 comments:

share2