Washington - Tentera Amerika Syarikat (AS) sedang membina model avatar tentera tiga dimensi (3D) menggunakan teknologi pengimbasan tubuh badan untuk tujuan perlindungan senjata dan perubatan.
Sekumpulan penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perubatan Alam Sekitar Tentera AS (USARIEM) telah menjalankan program ini sejak 2010 dengan menggunakan sebuah perisian komputer yang mampu memetakan seluruh bahagian tubuh badan manusia ke avatar untuk pelbagai kajian.
Salah seorang penyelidik, Dr Gary Zientara berkata, matlamat utama mereka adalah untuk mencipta avatar 3D anggota lengkap mengikut saiz dan jantina.
Difahamkan, projek itu diharap dapat membolehkan tentera AS menjalankan simulasi berisiko tinggi dengan lebih mudah dan selamat berbanding menggunakan askar sebenar.
0 comments:
Post a Comment