Shanghai - Gara - gara tidak dapat menahah marah ketika bertengkar dengan isterinya, seorang lelaki sanggup menelan paku berukuran 15cm.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Qi, 34 tahun bagaimanapun tidak mendapatkan rawatan selepas menelan paku berkenaan.
Namun dia kemudiannya terpaksa ke hospital selepas tidak dapat menahan sakit di perutnya akibat tindakannya itu.
Selepas imbasan yang dilakukan, doktor mendapati paku berkenaan terperangkap di bahagian perut lelaki itu dan hampir memasuki usus kecilnya.
Menurut Ifeng News, doktor berjaya mengeluarkan paku berkenaan melalui pembedahan dan lelaki tersebut berada dalam keadaan stabil.
0 comments:
Post a Comment