Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 29, 2016

DEKLARASI KELANTAN SOKONG PECAT MUHYIDDIN, MUKHRIZ


mustapa_mohamed


Kuala Lumpur - Semua pimpinan Umno Kelantan sebulat suara bersetuju memecat mana-mana pemimpin parti itu yang terlibat dalam usaha penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan itu dicapai pihaknya menerusi 'Deklarasi Kelantan' sebagai ikrar taat setia kepada presiden parti.

"Ikrar taat setia itu diserahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan pada Khamis lepas. Deklarasi ini ditandatangani oleh semua ketua bahagian semasa perhimpunan 'Deklarasi Kelantan pada 19 Mac lalu.

"Kami sependapat mereka kena dipecat daripada parti, itu bertulis dalam deklarasi itu bertarikh 19 Mac lalu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang menghadiri Kongres Rakyat anjuran pembangkang di Shah Alam, pada Ahad lepas.

Mustapa juga mengesahkan bahawa veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah turut menandatangani deklarasi, sekali gus menyatakan sokongan kepada usaha mempertahankan kepimpinan Najib.


0 comments:

share2