Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 24, 2016

30 MINIT PUJUK WANITA MAHU BUNUH DIRI


30 minit pujuk wanita mahu bunuh diri


Klang - Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mengambil masa hampir 30 minit untuk memujuk seorang wanita yang nekad untuk membunuh diri di Jambatan Kota di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.03 petang itu, wanita warganegara Indonesia yang dikenali sebagai, Liana dalam usia 30-an cuba terjun dari jambatan akibat tekanan perasaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, wanita itu dipercayai mempunyai masalah rumah tangga menyebabkan gangguan emosi yang tidak terkawal sambil menangis tanpa henti.

"Pada awalnya, anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kota Raja yang dikerahkan ke lokasi menggunakan kaedah pujukan selain menggunakan alasan anak perempuan dan suaminya, namun gagal memujuk wanita berkenaan.

"Bagaimanapun, tindakan drastik anggota berjaya menangkap dan menarik wanita itu daripada terjun ke Sungai Klang," katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.‎


0 comments:

share2