Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 16, 2015

[MARAN] YAYASAN PAHANG KOMITED BANTU KECEMERLANGAN PELAJAR


15/12/2015 -  Seramai 17 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang didalam UPSR 2015 menerima  sumbangan daripada Yayasan Pahang.Sumbangan berupa wang tunai dan sijil dari Yayasan Pahang itu disampaikan oleh YB Dato'Shahaniza bt Hj Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul.

Majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Yayasan Pahang itu diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kuala Sentul di Felda Jengka 3,Maran Pahang.

"Pelajar yang cemerlang didalam Peperikasaan UPSR ini harus menjadikan sumbangan yang diberikan kepada mereka sebagai pembakar semangat bagi meneruskan kecemerlangan pelajaran.Proses kecemerlangan tidak harus terhenti  di sini sebaliknya membulatkan tekad untuk terus cemerlang akademik dan sahsiah diri bagi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ketika berucap di majlis tersebut.

Sementara itu En Meor Ahmad Arif bin Meor Abdul Wahab Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang ketika di temui selepas majlis tersebut berkata "Yayasan  Pahang memberikan hadiah pelajar cemerlang adalah merupakan hadiah tahunan yang diberikan untuk semua pelajar cemerlang seperti UPSR SPM dan STPM,dan kali ini majlis diadakan khas untuk pelajar UPSR di DUN Kuala Sentul.

   




0 comments:

share2