Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 22, 2015

KENYATAAN MENGHASUT: ALI TINJU DIREMAN DUA HARI


Ali Tinju


Kuala Lumpur - Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui aplikasi WhatApps susulan kekecohan di Kompleks Kota Raya di sini Jumaat lalu, ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan polis. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata Mohd Ali, 44, direman hari ini sehingga esok.

"Mohd Ali ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya ketika dihubungi.

Pada Jumaat lalu, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah itu.

Klip video pergaduhan itu, berdurasi dua minit 30 saat, dimuat naik dalam YouTube.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit. Ada yang membaling kerusi ke dalam kedai berkenaan.


0 comments:

share2