Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 22, 2015

AMARAN PAS KEPADA MCA ISU HUDUD




SHAH ALAM - Jika dengan DAP pun, Pas sanggup memutuskan hubungan tahaluf siyasi yang terjalin antara mereka gara-gara bekas 'rakan kongsinya' itu menentang dasar parti Islam tersebut, inikan pula MCA.

Dengan kata lain, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, parti itu tetap akan mempertahankan pelaksanaan syariat Islam termasuk hudud walaupun ditentang pelbagai pihak.

“Kita sanggup putus hubungan tahaluf dengan DAP apabila DAP menentang hasrat kita utk melaksanakan syariat Islam tersebut.

“Kita pun tak nak masuk BN. Kenyataan MCA ini bersifat hidung tak mancung bibir pula terjuih- juih,” katanya kepada Sinar Online ketika diminta mengulas tentang kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung kerjasama Umno-Pas yang disebut-sebut.

Sebelum ini, Pas memutuskan hubungan dengan DAP selepas rakan komponennya dalam PR itu mengambil keputusan tidak dapat meneruskan kerjasama dengan Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak jujur.

DAP juga lantang menentang pelaksanaan undang-undang hudud yang diperjuangkan Pas kerana disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan.

Kelmarin, Tiong Lai dilaporkan sebagai berkata, MCA akan membantah penyertaan Pas dalam BN sekiranya parti itu masih meneruskan agenda pelaksanaan hudud.

Isu penyatuan Umno dengan Pas kembali hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan tali silaturahim kepada parti Islam itu ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lalu.

Hari ini tumpuan sekali lagi terarah kepada dua pemimpin itu yang dijadual ditemukan dalam program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, petang ini.




1 comments:

  • Anonymous says:
    December 22, 2015 at 3:53 PM

    Berapa kali nak cakap?

    Orang kapir, orang non-Muslim, tak kiralah DAP, MCA, MIC, Gerakan, atau NGO, atau apa, tak perlu pandai-pandai nak masuk campur dalam hal-ehwal Islam. Duduk diam-diam dan lebih baik cuba cari kebenaran ugama kamu masing-masing secara jujur dan ikhlas. Jangan cakap fasal ugama orang lain.

    Cuba fikir, pernahkah orang Melayu kata buah limau yang letak depan rumah itu kasi tukar hari-hari, atau itu calit kat dahi kasi warna bendera. Adakah? Tak pernah.

    Jadi, orang bukan Islam tolong mind your own religion. Do not meddle with other people's religion. Faham tak? Sila guna otak dengan baik. kalau suka sentuh orang punya ugama, itu memang cari fasal, macam Alvin. Mana Alvin?

share2