Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 6, 2015

RANGKA MANUSIA DITEMUI DALAM RUMAH KOSONG


mayat


Johor Bahru - Satu rangka manusia dipercayai seorang lelaki ditemui pihak polis di sebuah rumah kosong di Jalan Lingkaran Dalam di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Assistan Komisioner Sulaiman Salleh berkata, tiada dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mangsa dan dianggar mangsa telah meninggal dunia semenjak dua minggu yang lalu.

"Hasil siasatam mendapati rangka manusia ini merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an kerana berdasarkan bentuk gigi yang ada pada mangsa.

"Selain itu, berdasarkan kepompong lalat yang dijumpai bersama rangka mangsa menunjukkan mangsa telah meninggal dunia sejak dua minggu yang lalu," katanya.

Beliau turut berkata, mangsa yang ditemui dalam sebuah bilik di rumah kosong tersebut dalam keadaan terbaring di atas tilam yang tidak berkatil.

"Berdasarkan kawasan dan keadaan mangsa juga telah menunjukkan tiada unsur jenayah yang berlaku.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya pada satu kenyataan.

Dalam pada itu, Sulaiman memberitahu, pihaknya memohon kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, atau sanak saudara bolehlah menghubungi Hotline IPD JBS di talian 07 - 2218 999.

0 comments:

share2