Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 15, 2015

PUTERI NABILAH NAK PERIKSA, TAK IKUT KELUARGA


Enam sekeluarga maut kemalangan di LPT2


Kuala Terengganu - Puteri Nabilah Azaman, 19, tidak mengikut keluarganya yang terkorban dalam nahas tengah hari semalam kerana dia bakal menduduki peperiksaan kolejnya.

"Ketika bersarapan pagi di rumah, ayah beria-ria mengajak saya untuk turut serta ke Kuantan, tapi saya terpaksa menolak pelawaannya. Esok saya kena ambil kertas akhir untuk subjek Matematik.

"Tidak lama selepas itu, saya diberitahu mereka (keluarganya) terlibat dengan kemalangan," kata pelajar Koleh Vokasional Wakaf Tembusu ini.

Bapanya Azaman Ramli, 49, dan ibu tirinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, serta empat adik beradiknya terkorban dalam kemalangan di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Perasing di Jabor.

Kereta Toyota Camry yang dipandu bapanya dilapor terbabas dan merempuh belakang sebuah treler.

Anak sulung ini berkata bapanya yang bekerja sebagai Pengurus Pusat Jualan Perodua di Padang Midin di sini mahu ke Kuantan untuk menemui seorang rakan lamanya bagi membincangkan mengenai pertukaran lokasi kerjanya ke Kota Baharu pada 1 November ini.

"Saya sangat sedih dengan pemergian mereka dalam sekelip mata dan hasrat ayah untuk berjumpa rakannya juga tidak kesampaian. Dua minggu lepas saya baru sahaja kematian ibu kandung saya," katanya.

0 comments:

share2