Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 15, 2015

POLIS SELUDUP DAUN KETUM


Shafei Ismail


Kangar - Seorang anggota polis Thailand berpangkat sub inspektor ditahan selepas didapati menyeludup 30 kilogram daun ketum di sebuah rumah di Kampung Kubang Tiga, Bukit Keteri, Beseri, kelmarin.

Serbuan pada jam 2.30 petang itu dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

Serbuan itu dilakukan hasil risikan setelah suspek dipercayai melakukan kegiatan berkenaan sejak dua minggu lalu.

Difahamkan harga daun ketum yang mencecah RM80 sekilogram di negara jiran berbanding RM30 sekilogram di negara ini mendorong kegiatan penyeludupan itu berlaku.

Daun ketum itu disembunyikan oleh polis terbabit di dalam kereta jenis Chevrolet bernombor pendaftaran Thailand di ruang yang diubahsuai di tempat duduk penumpang belakang.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Shafei Ismail mengesahkan kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

0 comments:

share2