Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 17, 2015

MALAYSIA BOLEH TARIK DIRI JIKA KURANG SELESA


TPP


Kuala Lumpur - Malaysia boleh menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada bila-bila masa, walaupun selepas pelaksanaannya, jika berasa 'kurang selesa', kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Malaysia juga tidak akan dikenakan denda atau penalti jika menarik diri daripada perjanjian itu kerana TPP adalah perjanjian sukarela.

"Bagaimanapun, sekiranya kita menarik diri, kita akan menjadi kurang kompetitif ‎berbanding negara-negara ahli yang lain," katanya pada sesi #TanyaGomen di sini, semalam.

Beliau berkata TPP akan dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen serta hanya ditandatangani sekiranya mendapat persetujuan Parlimen.

Jika ditandatangani, TPP perlu melalui proses ratifikasi selama dua tahun yang akan melibatkan penggubalan dan pindaan undang-undang untuk diselaraskan dengan TPP, dan jika undang-undang yang dibentang tidak dipersetujui oleh Parlimen, Malaysia boleh membatalkan perjanjian, katanya.

Mustapa juga berkata kandungan TPP akan didedahkan kepada umum dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi memastikan masyarakat mendapat gambaran sebenar perjanjian.

Beliau turut memberi jaminan pelaksanaan TPP tidak akan menyebabkan kemasukan barangan bawah piawaian ke Malaysia.

"Kita ada dasar-dasar negara, kita ada SIRIM untuk memastikan barang-barang yang diimport mengikuti piawaian. Dasar-dasar ini akan diteruskan," katanya yang menambah jika perkara seumpama berlaku, ia disebabkan penguatkuasaan tidak berkesan.

0 comments:

share2